Mohd Azhar  (kanan) menyerahkan sumbangan ikan daripada pengusaha kepada petugas barisan hadapan di Jelebu. FOTO ABNOR HAMIZAM
Mohd Azhar (kanan) menyerahkan sumbangan ikan daripada pengusaha kepada petugas barisan hadapan di Jelebu. FOTO ABNOR HAMIZAM
Abnor Hamizam Abd Manap


EMPAT pengusaha ikan air tawar sekitar Jelebu menagihkan 1 tan ikan kepada golongan memerlukan termasuk petugas barisan hadapan Covid-19.

Ketua Perikanan Daerah Jelebu, Mohd Azhar Jusoh berkata, sebanyak 100 kilogram (kg) ikan tilapia diagihkan kepada 100 penduduk di Kampung Kalu, Kampung Kemalau dan Kampung Geylang Hulu di Pertang.

Beliau berkata, 250kg ikan tilapia merah turut diagihkan kepada 230 golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang.

"Bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan daripada 11 agensi di Jelebu, seorang pengusaha turut menyumbangkan 150kg ikan tilapia merah dan diagihkan sendiri kakitangan Pejabat Perikanan Jelebu.

"Malah, pengusaha ikan keli menyumbangkan 500kg ikan itu kepada 11 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Pertang dan diagihkan kepada golongan sasar," katanya.

Mohd Azhar berkata, pihaknya menyokong dan sentiasa mengalu-alukan usaha pengusaha ikan air tawar menjalankan program tanggungjawab sosial (CSR) kepada masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 7:11 PM