SIDANG Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung 18 Mei dipinda. FOTO Arkib NSTP
SIDANG Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung 18 Mei dipinda. FOTO Arkib NSTP
Suraya Roslan

SIDANG Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua majlis.

"Berikutan penularan wabak Covid-19 dalam negara masih belum reda, kerajaan memutuskan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang akan berlangsung selama sehari pada 18 Mei ini dipinda.

"Tiada sidang selepas Titah Diraja melalui mesyuarat pertama Dewan Rakyat .

"Pindaan ini selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya.

Menurutnya, justeru Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat akan menyusul dengan mengeluarkan notis baru Majlis Persidangan Dewan Rakyat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 kepada semua Ahli Dewan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 4:54 PM