SEBAHAGIAN penuntut USIM yang terbabit dalam proses penghantaran pulang di Dewan Tuanku Canselor USIM Nilai. FOTO Mohd Amin Jalil
SEBAHAGIAN penuntut USIM yang terbabit dalam proses penghantaran pulang di Dewan Tuanku Canselor USIM Nilai. FOTO Mohd Amin Jalil
Mohd Amin Jalil

SERAMAI 748 penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, selamat dihantar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing melalui program Ops Hantar Pulang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan 58 lagi diterbangkan ke Bintulu, Sarawak, malam tadi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, program diadakan secara berperingkat bermula 27 April lalu.

Beliau berkata, program dibuat mengikut zon iaitu zon utara, selatan, tengah, timur dan Sarawak, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Selain penuntut USIM, kami menguruskan proses penghantaran pulang 277 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain.

"USIM diberikan peranan selaku pusat pelepasan penuntut terbabit dan ia memberi tanggungjawab besar kepada kami untuk memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KPT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipatuhi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 4:36 PM