HUJAN lebat menyebabkan banjir di kawasan Taman Anggerik, Beruas dekat Manjung. FOTO ihsan Bomba
HUJAN lebat menyebabkan banjir di kawasan Taman Anggerik, Beruas dekat Manjung. FOTO ihsan Bomba
Noor Hidayah Tanzizi


HUJAN lebat menyebabkan banjir di kawasan Taman Anggerik, Beruas dekat Manjung yang menjejaskan 27 mangsa membabitkan lima keluarga, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.15 malam.

Menurutnya, pusat pemindahan sementara dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Beruas bagi menempatkan semua mangsa terbabit pada 10.10 malam.

"Semua penduduk yang terjejas datang ke lokasi pemindahan dengan kenderaan sendiri.

"Bomba membuat pemantauan secara berkala dan mendapati air sudah surut apabila hujan berhenti pada 12.30 tengah malam," katanya.

keterangan gambar:

PIX: MANJUNG 10 MEI 2020. Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di kawasan Taman Anggerik, Beruas dekat Manjung yang menjejaskan 27 mangsa membabitkan lima keluarga, malam tadi. NSTP/IHSAN BOMBA.

Tamat//

From: Hidayah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 7:42 AM