ZULKARNAIN Ahmad Suhaimi menunjukkan Bahulu Pak Teh Muallim yang dijual kepada pelanggan. FOTO Rosman Shamsudin
ZULKARNAIN Ahmad Suhaimi menunjukkan Bahulu Pak Teh Muallim yang dijual kepada pelanggan. FOTO Rosman Shamsudin
Rosman Shamsudin


TIDAK mampu melakukan kerja berat atau berdiri lama akibat masalah cakera tulang belakang teranjak (slipped disc) bukan penghalang bagi Zulkarnain Ahmad Suhaimi, 47, untuk mencari nafkah bagi menampung belanja keluarganya.

Menurutnya, pada peringkat awal dia berputus asa mengenang nasib yang menimpanya, namun kemudian tekad dan bangkit dengan mengusahakan perniagaan kuih Bahulu Pak Teh Muallim secara kecilan di sebuah kedai yang disewa dekat Jalan Pasar, Slim River bermula tahun lalu.

KUIH Bahulu mempunyai empat perisa yang diusahakan oleh Zulkarnain.
KUIH Bahulu mempunyai empat perisa yang diusahakan oleh Zulkarnain.

"Tahun lalu, menjelang musim perayaan didapati permintaan pelanggan terhadap kuih bahulu ini memang tinggi tetapi tahun ini agak berbeza disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

"Resepi kuih bahulu ini dipelajari daripada abang abang ipar, Khozali Sidek, yang juga seorang pengusaha bahulu di Teluk Intan yang ingin membantu saya mencari pendapatan selepas terpaksa berhenti kerja pada 2016 akibat masalah kesihatan ini," katanya ketika ditemui di Muallim.

Zulkarnain berkata kuih bahulu yang diusahakan mempunyai empat perisa iaitu tradisional, pandan, coklat dan cappuccino, namun perisa asli atau tradisional yang sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Menurutnya, setiap hari dia mampu menghasilkan kira-kira 1200 kuih bahulu untuk dijual di kedainya itu.

"Anak dan isteri adalah inspirasi dan sumber kekuatan saya untuk saya bangkit berkerja mencari nafkah pendapatan, walaupun tahun ini diduga dengan PKP dan PKPB , saya tetap bersyukur dengan rezeki diberi peluang untuk berniaga ketika PKPB," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 5:48 PM