Hayati Ibrahim dan Suraya Roslan


"SAYA pun tidak tahu lagi, kita tunggulah kerajaan akan mengumumkan."

Itu komen ringkas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung selepas fasa keempat berakhir 12 Mei ini.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan akan mendapat pandangan daripada mereka.

"KKM akan beri nasihat kepada kerajaan kerana Akta 342 di bawah KKM dan Menteri Kesihatan perlu menasihatkan sama ada perlu sambung atau tidak.

"Seperti biasa mungkin dua atau tiga hari sebelum tamatnya satu-satu PKP kerajaan akan mengumumkan, kita tunggulah," katanya pada sidang media harian hari ini.

PUTRAJAYA 05 MAY 2020. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
PUTRAJAYA 05 MAY 2020. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 3:07 PM