GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Amin Jalil


TIADA lagi status zon merah wabak Covid-19 di Negeri Sembilan selepas semua tujuh daerah mencatatkan penurunan kes, malah tiada kes baharu direkodkan hari ini.

Hanya empat daerah iaitu Seremban, Rembau, Jempol dan Port Dickson berstatus zon kuning manakala tiga lagi daerah iaitu Tampin, Kuala Pilah dan Jelebu berstatus zon hijau.

Kenyataan dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) petang ini menunjukkan tiada kes baharu Covid-19 di semua daerah di negeri ini.

Kumulatif kes setakat ini berjumlah 600 dengan Seremban merekodkan 348 kes, Rembau (61), Tampin (19), Jempol (14), Port Dickson (10), Kuala Pilah (6) dan Jelebu (2) manakala 140 stesen kuarantin diwujudkan.

Jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 dimasukkan ke dalam wad berjumlah 178 dengan Seremban membabitkan 37 orang, Rembau (7), Jempol (2) dan Port Dickson dengan satu kes.

Menurut kenyataan itu, kes sembuh setakat ini berjumlah 414 manakala lapan kematian direkodkan iaitu membabitkan Seremban seramai enam orang, diikuti masing-masing satu di Rembau dan Kuala Pilah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 9:33 PM