Saifulzaman menunjukkan laporan nyah cemar membabitkan bangunan di bawah seliaan JHEAINS ketika sidang media di Kota Kinabalu hari ini. Foto Yun Mikail
Saifulzaman menunjukkan laporan nyah cemar membabitkan bangunan di bawah seliaan JHEAINS ketika sidang media di Kota Kinabalu hari ini. Foto Yun Mikail
Yun Mikail

SEBANYAK 2,393 bangunan di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sudah melalui proses nyah cemar.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Saifulzaman Sangul berkata, semua bangunan berkenaan sudah dinyah kuman sejak 18 Mac lalu.

"Menerusi jumlah ini, sebanyak 1,037 premis dinyah kuman adalah masjid, manakala 1,028 membabitkan surau.

"Proses sama turut membabitkan 131 sekolah agama rakyat (SAR), 103 sekolah agama negeri (SAN) dan 72 madrasah.

"Selain itu, nyah kuman juga turut dilakukan di 11 tadika, enam sekolah menengah agama negeri (SMAN), empat markas tabligh dan satu institusi tahfiz al-quran negeri Sabah (ITQAS)," katanya ketika sidang media JHEAINS di Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu, Saifulzaman berkata, pelaksanaan nyah kuman di semua bangunan seliaan JHEAINS dilakukan secara berterusan dalam memastikan tiada penularan wabak Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 2:53 PM