YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang video. FOTO BERNAMA
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang video. FOTO BERNAMA
Noor Atiqah Sulaiman


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang video, hari ini.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, Al-Sultan Abdullah berkenan mengambil maklum mengenai peranan dan usaha dilaksanakan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Melalui sesi sidang video selama 20 minit itu, Al-Sultan Abdullah turut mengambil maklum langkah dan tindakan dilaksanakan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memperketatkan kawalan sempadan negara dan menangani isu pencerobohan pendatang asing.

"Baginda turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dihentikan," katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengadakan sesi sidang video Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sidang video bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 8:43 PM