Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus melakukan pemantauan jangkitan Covid-19 di Menara City One, Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti itu berakhir semalam, pemantauan diteruskan.

"Laporan dan keputusan ujian saringan di semua kawasan itu sudah diperoleh semalam.

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

"Bukan bererti PKPD tamat kita tidak memantau. Walaupun tiada PKPD kita masih memantau kawasan itu," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

PKPD di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion dan kawasan sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur ditamatkan semalam.

PKPD di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur membabitkan Parcel A dan B yang meliputi Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utar Kuala Lumpur serta Pasar Borong Kuala Lumpur juga ditamatkan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 6:47 PM