SIREN bomba dibunyikan selama 30 saat sebagai simbolik sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia. FOTO ihsan bomba
SIREN bomba dibunyikan selama 30 saat sebagai simbolik sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia. FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


HARI Anggota Bomba Sedunia disambut pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia secara dalam talian dan diraikan masing-masing setiap warga JBPM, hari ini

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, terdapat beberapa program yang dilakukan sempena hari itu.

"Sebanyak 316 balai bomba di seluruh negara membunyikan siren selama 30 saat sebagai simbolik sambutan ini.

"Bagi pegawai dan anggota bomba beragama Islam, mereka diminta membaca Al-Fatihah, manakala bukan muslim pula bertafakur bagi mengingati warga JBPM yang terkorban ketika bertugas.

"Selain itu, kami juga ada melakukan aktiviti bacaan Yassin dan tahlil menerusi Facebook pagi ini sebagai salah satu inti pati sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2020," katanya.

Selaras dengan tema sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2020, Bomba Tunggak Keselamatan Negara, beliau berharap semua warga JBPM terus kekal berdepan cabaran penugasan mereka ketika ini.

"Saya harap semua warga JBPM akan meneruskan tanggungjawab masing-masing dengan semangat motivasi yang tinggi di saat sedang berdepan dengan situasi genting.

"Saya yakin kami mampu untuk bertugas dengan sehabis baik kepada masyarakat dan negara serta bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Berita berkaitan:

  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 4:04 PM