PEKERJA Alam Flora melakukan semburan nyah kuman pada setiap gerai ketika tinjauan pembersihan nyah kuman oleh Alam Flora di Pasar Borong Selayang. FOTO Aizuddin Saad
PEKERJA Alam Flora melakukan semburan nyah kuman pada setiap gerai ketika tinjauan pembersihan nyah kuman oleh Alam Flora di Pasar Borong Selayang. FOTO Aizuddin Saad
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


LAMBAKAN sayur dan ikan yang ditinggalkan peniaga ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Harian Selayang, di Kuala Lumpur menyebabkan kawasan berkenaan dicemari bau busuk.

Malah, ia turut menyebabkan kawasan sekitar dipenuhi nyamuk hingga menyebabkan penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak melakukan operasi bermula semalam dan hari ini bagi membersihkan kawasan berkenaan.

Pengarahnya, Dr Noor Akma Shabudin berkata, pihaknya menerima aduan bau busuk dan kehadiran nyamuk serta lalat yang banyak di kawasan berkenaan.

"DBKL bersama Alam Flora sudah melakukan semburan asap di kawasan berkenaan semalam bagi mengelakkan nyamuk terus membiak.

SAYUR-SAYURAN yang busuk yang ditinggalkan oleh pekerja pasar ketika tinjauan pembersihan nyah kuman oleh Alam Flora di Pasar Borong Selayang. FOTO Aizuddin Saad
SAYUR-SAYURAN yang busuk yang ditinggalkan oleh pekerja pasar ketika tinjauan pembersihan nyah kuman oleh Alam Flora di Pasar Borong Selayang. FOTO Aizuddin Saad

"Selain itu kawasan berkenaan juga dinyah cemar, pihak Alam Flora sudah mengeluarkan ikan yang busuk di dalam tong berkenaan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Menurutnya, pada hari ini sekali lagi proses nyah cemar dan semburan dilakukan di kawasan berkenaan.

"Hari ini pihak Alam Flora menggunakan kaedah bakteria berfaedah (EM) bagi menghilangkan bau yang kuat di pasar berkenaan.

"Siasatan mendapati peniaga tidak sempat mengeluarkan ikan dan sayur selepas arahan PKPD dikeluarkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2020 @ 2:28 PM