Muhaamad Hafis Nawawi


"WALAUPUN sudah dibenarkan keluar berdua, kami tetap perlu menjaga jarak dan pergerakan turut dihadkan," kata penjawat awam, Zaitun Ramli, 50.

Dia ditemani anaknya, Anis Farhan Salihin, 25, datang ke pusat beli belah Sogo hari ini untuk membeli barangan keperluan harian mereka dan mengakui urusan lebih mudah kerana dibantu anaknya ketika melakukan pembelian.

Bagaimanapun katanya, ketika masuk ke tempat membeli barang runcit itu mereka tetap perlu menjaga jarak sosial walaupun keluar berdua.

"Saya rasa tidak ada banyak perbezaan sangat cuma hanya dibenarkan berteman seorang lagi tetapi pergerakan kami tetap terhad kerana polis akan menyoal ketika pemeriksaan hendak ke mana dan apa tujuan.

"Malah jika tiada keperluan kami juga nasihatkan keluar membeli barang seorang sahaja walaupun dibenarkan berdua," katanya.

Zaitun berkata, dia hanya akan keluar membeli barang seminggu sekali sahaja bagi mengehadkan pergerakan sepanjang PKP.

"Cuma apabila dibenarkan berteman lebih cepat dan mudah untuk mengangkat barang kerana ada teman," katanya.

PELANGGAN, Zaitun Ramli, 50 (kanan) ditemani anak beliau, Anis Farhan Salihin membeli barangan keperluan di Pasar Raya SOGO ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. FOTO Asyraf Hamzah
PELANGGAN, Zaitun Ramli, 50 (kanan) ditemani anak beliau, Anis Farhan Salihin membeli barangan keperluan di Pasar Raya SOGO ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. FOTO Asyraf Hamzah

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2020 @ 2:09 PM