MSU disenaraikan sebagai satu daripada 48 makmal yang menjalankan ujian klinikal pengesanan Covid-19.
MSU disenaraikan sebagai satu daripada 48 makmal yang menjalankan ujian klinikal pengesanan Covid-19.
Fazurawati Che Lah


MANAGEMENT and Science University (MSU) disenaraikan sebagai satu daripada 43 makmal di seluruh negara bagi menjalankan ujian klinikal pengesanan Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kolaborasi MSU dan lain-lain makmal akan membolehkan pelaksanaan 11,500 ujian pengesanan Covid-19 dilakukan sehari.

Ia bakal membantu KKM mempercepatkan keputusan ujian dan membolehkan rawatan susulan dapat diberikan sebaik mungkin serta dapat mengurangkan risiko penularannya kepada orang lain.

Selain MSU, makmal lain yang turut berperanan menyediakan perkhidmatan sama ialah makmal dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia, institusi pengajian tinggi, Angkatan Tentera Malaysia, MOSTI serta makmal swasta.

Sumbangan MSU dalam menyediakan kemudahan makmalnya untuk menjalankan ujian klinikal pengesanan Covid-19 ini bertepatan dengan peranannya sebagai antara institusi pendidikan tinggi yang melahirkan modal insan terlatih dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

Peranan MSU membabitkan petugas makmal di Makmal Penyelidikan dan Diagnostik yang turut disertai penyelidik universiti serta pakar dalam bidang biologi molekul, mikrobiologi, biokimia, farmakokinetik, perubatan, kultur tisu, onkologi, bioinformatik, pemakanan dan kesihatan awam universiti serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Usaha ini turut membabitkan penggunaan prototaip teknologi Smart Helmet dan Smart UAV (Unmanned Aerial Vehicle) yang dibangunkan oleh Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE), Faculty of Health and Life Sciences (FHLS), dan School of Pharmacy (SPH)

Manakala Pusat Perubatan MSU (MSUMC) turut memainkan peranan yang sama apabila menawarkan perkhidmatan Ujian Pandu Lalu Covid-19 khusus untuk orang ramai.

Keterangan gambar

Foto 1 PETUGAS makmal MSU sedang menjalankan ujian klinikal Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 6:33 PM