Tular gambar dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan torehan di pipi seorang individu akibat perbuatan seorang lelaki. FOTO IHSAN PEMBACA
Tular gambar dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan torehan di pipi seorang individu akibat perbuatan seorang lelaki. FOTO IHSAN PEMBACA
Nurul Amanina Suhaini


SEORANG lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan di Jalan Bukit Mutiara di sini, 11.30 hari ini kerana menoreh pipi seorang wanita dengan menggunakan pisau pemotong kertas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang juga penganggur mencederakan wanita berusia 21 tahun semalam, di Jalan Rumbia 46, Taman Daya.

"Kami turut merampas pisau digunakan suspek. Hasil semakan mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Suspek akan direman esok bagi membantu siasatan," katanya pada kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan kesan torehan di pipi seorang individu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 6:32 PM