GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

MUKA seorang wanita ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki dipercayai tidak siuman di depan rumahnya di Jalan Rumbia 46, Taman Daya dekat Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam insiden pada 3.30 petang itu, mangsa berusia 20 tahun berada di depan rumahnya sebelum dihampiri seorang lelaki.

"Suspek menghampiri mangsa dan menoreh muka mangsa dengan sebilah pisau. Mangsa yang mengalami kecederaan di muka bagaimanapun berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan dan kini berehat di rumah.

"Susulan itu, kita menahan suspek pada 11.30 pagi di belakang sebuah kedai gunting rambut di Jalan Bukit Mutiara," kata ketika dihubungi hari ini.

Turut ditemui bersama suspek ialah sebilah pisau boleh laras sepanjang 18.5 sentimeter.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek, yang berusia 30 tahun mempunyai rekod lampau bagi kesalahan dadah serta khianat.

Ayob Khan berkata, motif kejadian masih disiasat dan pihaknya akan memohon untuk menahan reman suspek esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 3:51 PM