DATUK Mohd Fuad Abd Latiff. FOTO Ihsan FB Polis Selangor.
DATUK Mohd Fuad Abd Latiff. FOTO Ihsan FB Polis Selangor.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


BEKAS Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan arwah meninggal dunia pada 3.56 pagi.

"Ya, saya sahkan kematianya pagi tadi, polis kontinjen Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham," katanya melalui WhatsApp.

Allahyarham dirawat di HSB sejak pertengahan bulan ini akibat penyakit yang dihidapinya, namun tiada butiran lanjut mengenai penyakit dan punca kematiannya.

Sebelum memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor pada 15 Julai 2016, Allahyarham pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 @ 11:10 AM