GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kota Kinabalu: Gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah sejak Jumaat lalu akibat pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, pulih sepenuhnya hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya berterima kasih atas kerjasama baik daripada pengguna .

“Gunakan air dengan berhemah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air iaitu Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

Abdul Halem berkata, pengguna disaran untuk memuat turun aplikasi telefon pintar ‘Air Selangor’ di Google Play atau Apps Store untuk info bekalan air.

Pengguna juga boleh merujuk laman Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau melayari laman sesawang syarikat itu di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2020 @ 9:08 AM