LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Samadi Ahmad


KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air akan menyita dan merobohkan struktur kolam penternakan ikan keli yang beroperasi secara haram di Hulu Selangor, Isnin ini.

Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, premis berkenaan akan dirobohkan pihak berkuasa dari beberapa agensi kerana mengakibatkan pencemaran Sungai Selangor

Menurutnya, pencemaran itu mengakibatkan empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Loji Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada 11 malam semalam.

“Pencemaran disyaki berpunca daripada air sisa pencucian kolam penternakan ikan keli yang disalurkan ke sungai berkenaan,” katanya melalui Facebooknya hari ini.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS ) Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) atas tindakan segera menangani masalah terbabit.

Semua loji air berkenaan sudah beroperasi sejak pagi tadi dan SPAN akan terus memantau premis dan situasi berkenaan.

  • Kolam ikan keli punca pencemaran

  • Pencemaran bau punca gangguan bekalan air
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 8:27 PM