ANTARA syarat pekerja tiada kontak rapat dengan pesakit atau PUI Covid-19. FOTO Arkib NSTP
ANTARA syarat pekerja tiada kontak rapat dengan pesakit atau PUI Covid-19. FOTO Arkib NSTP
Rafiqah Dahali

KERAJAAN negeri Sabah hari ini memberi kebenaran kepada ladang dan kilang kelapa sawit di enam daerah beroperasi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, daerah berkenaan ialah Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Semporna, Kunak dan Kalabakan.

Katanya, namun kebenaran itu tertakluk dengan beberapa syarat antaranya tidak mempunyai kes positif Covid-19, tiada individu dalam siasatan (PUI) dan pekerja tiada kontak rapat dengan pesakit atau PUI Covid-19.

“Syarat lain ialah mematuhi Panduan Pengoperasian Ladang Semasa Wabak Covid-19 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

Katanya, sekiranya salah satu syarat berkenaan gagal dipatuhi, kerajaan negeri akan menarik balik kebenaran dengan serta merta.

“Kerajaan negeri juga akan mengkaji semula kebenaran operasi ladang dan kilang kelapa sawit di enam daerah itu dari semasa ke semasa,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 6:15 PM