R.Vidyananthan (tengah) pada sidang media di Kompleks Bersepadu Pengerang. FOTO Omar Ahmad
R.Vidyananthan (tengah) pada sidang media di Kompleks Bersepadu Pengerang. FOTO Omar Ahmad
Omar Ahmad


JABATAN Tenaga Kerja (JTK) Johor menerima 946 aduan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, daripada jumlah itu, 36 aduan dalam siasatan.

Katanya, hasil dari siasatan yang dijalankan, empat majikan didapati gagal mematuhi PKP dan notis penutupan walaupun dinasihatkan Pasukan Khas Penguatkuasa.

“Namun begitu, pihak JTK sedang menjalankan sesi mediasi bagi membantu 19 majikan yang mengisi borang permohonan pemberhentian seramai 600 pekerja.

“Antara aduan yang diterima dan disiasat adalah syarikat beroperasi tanpa mendapat surat kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Syarikat bukan dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu (essential services). pemberhentian kerja (secara tetap, sukarela, sementara dan pengurangan gaji) dan tidak membayar gaji ketika tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, aduan juga diterima berkaitan syarikat menolak gaji dan cuti tahun selain memaksa mengambil cuti tanpa gaji dan gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“JTK Johor bersama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor diberi kuasa di bawah Seksyen 3 dan 18(1)(F) Akta 342 berhubung tindakan yang diambil terhadap syarikat yang menjalankan operasi perniagaan ketika PKP,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 12:38 PM