Gambar hiasan
Gambar hiasan
Redzuan Muharam


KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai untuk mencuci tangan sebelum dan selepas menguruskan haiwan peliharaan masing-masing.

Noor Hisham memberi peringatan itu menerusi hantaran di Facebook miliknya, malam ini.

Menerusi hantaran sama, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Veterinar untuk mendapat nasihat lanjut berhubung perkara itu.

“Saya faham ramai bertanya mengenai jangkitan Covid-19 terhadap haiwan dan haiwan peliharaan.

“Bagi pencinta haiwan, ia (haiwan peliharaan) adalah sebahagian daripada keluarga mereka.

“Jika kita tidak dapat menjarakkan diri dengan haiwan peliharaan, penting untuk menjaga kebersihan sepanjang masa termasuk apabila mempunyai kontak dengannya (haiwan peliharaan),” katanya.

Untuk rekod, seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif Covid-19 selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.

Harimau dinamakan Nadia itu berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti Covid-19 daripada manusia.

Sebelum ini, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti Covid-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.

Berita berkaitan:

  • Jauhi haiwan peliharaan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 8:47 PM