NOR AZMAN (kanan)menyerahkan keperluan harian kepada komuniti penduduk Pantai Kundor. FOTO NAZRI ABU BAKAR
NOR AZMAN (kanan)menyerahkan keperluan harian kepada komuniti penduduk Pantai Kundor. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar


SERAMAI 1,000 penduduk kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Kundor menerima sumbangan barang keperluan harian, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan kepada pemimpin masyarakat setempat.

Nor Azman berkata, antara penerima termasuk nelayan yang juga terjejas dengan situasi semasa.

“Agihan dilakukan dengan adil membabitkan serahan kepada wakil penduduk termasuk di Lereh, Pangkalan Lanjut , Tanjung Kling, Pangkalan Perigi, Pantai Rombang, Tanah Merah Jaya dan Pantai Kundor.

“Sebaik menerima sumbangan dari Pejabat Daerah Melaka Tengah, kami terus mengagihkan kepada komuniti termasuk kawasan Tangga Batu Jaya, Bukit Saleh, Paya Luboh, Paya Rumput Jaya dan Solok Tangga Batu,” katanya.

Beliau yakin ada lagi bantuan menyusul selepas ini berikutan masih ramai terkesan dan memerlukan keperluan asas termasuk beras, minyak masak, tepung dan gula.

Sementara itu petugas media Melaka turut menerima sumbangan penutup muka, hand sanitizer dan sarung tangan bagi kegunaan sepanjang wabak Covid -19.

Penyerahan disempurnakan Nor Azman kepada wakil media Zaidi Yaakob dari TV3.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 4:41 PM