Zuliaty Zulkiffli


EMPAT lelaki warga Myanmar yang asyik bermain ayam sabung di kawasan lapang di belakang Terminal Bas Shahab Perdana, dekat Alor Setar, semalam ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mereka ditahan pada 5 petang oleh sepasukan anggotanya yang melakukan rondaan Op Covid-19.

Beliau berkata, mereka berusia antara 24 hingga 43 tahun.

“Bukan mereka tidak tahu mengenai PKP yang sedang dilaksanakan, namun mereka tetap berada di luar tanpa memikirkan kesan sekiranya terkena jangkitan Covid-19.

EMPAT warga Myanmar terbabit. FOTO Zuliaty Zulkiffli
EMPAT warga Myanmar terbabit. FOTO Zuliaty Zulkiffli

“Berikutan itu, kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan dua ayam jantan berkenaan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut,” katanya, semalam.

Mohd Rozi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 8:52 AM