DUA remaja lelaki direman empat hari bermula hari ini selepas merogol remaja perempuan berusia 15 tahun kelmarin. FOTO DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN
DUA remaja lelaki direman empat hari bermula hari ini selepas merogol remaja perempuan berusia 15 tahun kelmarin. FOTO DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


POLIS menahan dua remaja lelaki atas kesalahan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di dua lokasi berbeza di Kangar, kelmarin.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 15 dan 17 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Wang Besar, Bintong, pada 5 petang semalam.

Katanya, dalam kejadian 2 pagi kelmarin, kedua-dua suspek masuk ke rumah mangsa di Taman Guru Jaya dan merogol mangsa secara bergilir-gilir di biliknya.

“Selepas mangsa dirogol, kedua-dua suspek pulang sebelum salah seorang daripada suspek yang berusia 15 tahun datang semula untuk mengambil mangsa.

“Kemudiannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Desa Putra, Bintong dan dirogol sekali lagi di dalam bilik suspek,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar semula ke rumahnya pada 4.40 pagi sebelum tampil membuat laporan polis pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Kedua, suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 2:19 PM