NIZAM membersihkan kedai motornya di Taman Jus Perdana Selandar. FOTO Nazri Abu Bakar
NIZAM membersihkan kedai motornya di Taman Jus Perdana Selandar. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


PEMILIK kedai motosikal di Taman Jus Perdana, Selandar, Melaka terkejut apabila kedainya buat pertama kali dinaiki air selepas hujan lebat, lewat petang semalam.

Nizam Maajin, 38, berkata, sebelum ini taman terbabit pernah dinaiki air, namun kedainya yang dibuka sejak 11 tahun lalu tidak terjejas.

Menurutnya, kedainya ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dia terkejut apabila premis itu dimasuki air dengan cepat.

“Sehingga petang ini, saya masih membersihkan kedai akibat air banjir memenuhi ruang perniagaan walaupun hujan mengambil masa 40 minit sahaja.

“Mungkin sistem perparitan perlu diperbaiki segera untuk mengatasi isu berkenaan,” katanya ketika ditemui pada lawatan Ahli Dewan

ABD Ghafar (tiga kiri) melawat kawasan banjir di Asahan. FOTO Nazri Abu Bakar
ABD Ghafar (tiga kiri) melawat kawasan banjir di Asahan. FOTO Nazri Abu Bakar

Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Seri Abd Ghafaar Atan.

Sementara itu, Abd Ghafaar berkata, dianggarkan lebih 40 rumah dinaiki air termasuk di Selandar ketika hujan lebat berkenaan, walaupun banjir sudah lama tidak berlaku di kawasan itu.

Beliau berkata, usaha pembesaran parit dan membaiki sistem perparitan akan dilakukan bagi mengatasi isu berkenaan.

“Malam tadi dan hari ini, saya menziarah dan meninjau beberapa kawasan dinaiki air selain berjumpa serta mengadakan taklimat bersama jabatan serta agensi terbabit dalam pengurusan banjir.

“Insya-Allah, isu terbabit akan dibawa ke pengetahuan tertinggi kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan dalam memberi manfaat kepada yang terbabit,” katanya.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Aljibin Suddin berkata, sehingga 8 pagi hari ini, seramai 18 orang daripada lima keluarga dipindahkan di Alor Gajah.

KAWASAN dinaiki air dengan cepat. FOTO Nazri Abu Bakar
KAWASAN dinaiki air dengan cepat. FOTO Nazri Abu Bakar

Aljibin yang juga Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Alor Gajah berkata, 13 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Balai, manakala lima mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Tambun.

“Punca banjir dipercayai akibat hujan lebat selama beberapa jam bermula 4 petang semalam mengakibatkan perparitan dan longkang dipenuhi air dan melimpah.

“Jumlah mangsa masih dalam proses pendaftaran. Cuaca hari ini baik dan cerah,” katanya menerusi kenyataan.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 4:19 PM