MAYAT lelaki berusia 25 tahun ditemukan orang awam dalam kereta Myvi di tapak letak kereta hentian Rawat dan Rawat Hulu Bernam arah utara jam 11.50 pagi. FOTO MD FUZI ABD LATEH.
MAYAT lelaki berusia 25 tahun ditemukan orang awam dalam kereta Myvi di tapak letak kereta hentian Rawat dan Rawat Hulu Bernam arah utara jam 11.50 pagi. FOTO MD FUZI ABD LATEH.
Md Fuzi Abd Lateh


POLIS mengesahkan mayat lelaki ditemui di dalam kereta Perodua Myvi di parkir kawasan Rawat dan Rehat Hulu Bernam arah utara, semalam bukan mangsa Covid-19 .

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, bedah siasat terhadap mayat lelaki berusia 25 tahun itu dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 2.30 petang hari ini.

Beliau berkata, laporan perubatan dari HKKB mengesahkan mangsa tidak menghidap wabak Covid-19 yang menular ketika ini di seluruh dunia.

“Mayat lelaki itu dibedah siasat selama sejam hari ini dan saya sahkan tidak ada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dilakukan daripada semua sudut bagi mendapat penyelesaian mengenai kronologi kes kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat mangsa ditemui orang awam di dalam kereta pada 11.50 pagi semalam di kawasan letak kereta R&R Hulu Bernam arah utara.

Mayat mangsa yang berasal dari Shah Alam, Selangor dituntut keluarganya untuk tujuan pengebumian.

Berita berkaitan

'Gempar jumpa mayat dalam kereta'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 6:44 PM