PENUMPANG Malaysia Airline beratur untuk urusan membeli tiket, tuntutan bayaran balik dan menunda penerbangan di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
PENUMPANG Malaysia Airline beratur untuk urusan membeli tiket, tuntutan bayaran balik dan menunda penerbangan di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
BERNAMA

RAKYAT Malaysia yang bercuti atau berada di Indonesia sebelum berkuat kuasa perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac lalu, diminta menghubungi terus syarikat penerbangan Malaysia Airlines atau Air Asia untuk semakan jadual penerbangan yang masih beroperasi.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan berkata, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia bagi tempoh 18-31 Mac 2020, syarikat penerbangan telah mengurangkan frekuensi penerbangan mereka antara Malaysia dan Indonesia.

“Rakyat Malaysia yang menggunakan penerbangan Malaysia Airlines dan terjejas akibat pengurangan frekuensi itu boleh mengisi borang seperti di laman https://bit.ly/3bewZJT atau menghubungi Pemangku Pengurus Wilayah MAS di Indonesia, Abdul Razak Ab Hamid dengan menelefon ke nombor +62 811 1219 660,” menurut kenyataan itu.

Bagi syarikat penerbangan Air Asia, mereka terbabit boleh menghubungi Pegawai Air Asia, Kristina Ariyanti dengan menelefon +62 878 7716 8570 atau +62 819-2226-663 dari 8.00 pagi hingga 7.00 malam untuk semakan jadual penerbangan pesawat Air Asia yang masih beroperasi.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan dengan menghantar emel ke alamat [email protected] dan [email protected] atau menghubungi Pegawai Bertugas dengan menelefon ke nombor +62 813 8081 3036.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 11:18 AM