SEBAHAGIAN dari 1,000 penuntut UMK mendapatkan bekalan makanan percuma yang disediakan pihak pengurusan bermula hari ini. FOTO Ihsan UMK
SEBAHAGIAN dari 1,000 penuntut UMK mendapatkan bekalan makanan percuma yang disediakan pihak pengurusan bermula hari ini. FOTO Ihsan UMK
Siti Rohana Idris


UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan bekalan makanan percuma kepada 1,000 penuntutnya yang berada di kolej kediaman sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bekalan makanan itu disediakan dua kali sehari kepada penuntut di kolej kediaman UMK kampus Kota serta kampus Jeli.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata, penyediaan makanan itu dibuat pada 11 pagi dan 6.30 petang bagi mengehadkan pergerakan penuntut sekali gus berada di kampus.

“Semua penuntut perlu menggunakan ruang dan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran.

“Sepanjang tempoh ini, kita juga membuka Bilik Gerakan Covid-19 UMK yang beroperasi 24 jam sebagai pusat rujukan.

“Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh berhubung dengan pegawai yang bertugas,” katanya dalam kenyataan di Kota Bharu, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Zaliman Sauli berkata, bantuan terbabit bagi meringankan beban dan kesukaran penuntut untuk mendapatkan bekalan makanan.

Katanya, inisiatif itu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga UMK terutama penuntut terjamin.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 3:46 PM