GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ruwaida Md Zain

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengesahkan Uptown PKNS Shah Alam di Seksyen 24, Shah Alamditutup sementara waktu bermula malam ini sehingga 31 Mac depan.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Mahfizul Rusydin Abd Rashid berkata, penutupan ini

selaras dengan arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan membabitkan penutupan semua premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian bagi membendung penularan COVID-19.

“Uptown Shah Alam yang berada di bawah seliaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan ditutup sementara waktu.

“Arahan penutupan sementara ini akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 dan melibatkan 430 peniaga di tapak berkenaan.

“Keputusan dan arahan ini diambil atas faktor keselamatan dan kesihatan pihak peniaga serta pengunjung Uptown Shah Alam bagi mencegah kemungkinan COVID-19 merebak dengan lebih meluas.

“Semua peniaga di Uptown Shah Alam sudah dimaklumkan dan peniaga boleh menghubungi Bahagian Jualan Hartanah Wilayah Utara PKNS untuk maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain Uptown, Mahfizul Rusydin berkata, semua premis perniagaan di Kompleks PKNS dan SACC Mall di Seksyen 14 ditutup dalam tempoh yang sama kecuali perbankan, peruncitan dan kedai serbaneka.

Beliau berkata, PKNS juga sudah mengambil langkah-langkah proaktif sebelum ini dalam usaha mencegah penularan Covid-19 di Ibu Pejabat PKNS.

“Kami sudah mengadakan saringan kesihatan di Lobi Pelawat serta menangguhkan acara-acara rasmi membabitkan perhimpunan ramai,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Sekatan pergerakan bantu KKM tangani Covid-19
  • Tentera tidak terbabit pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
  • MKN bersidang setiap hari, pantau situasi Covid-19
  • 'Perintah Kawalan Pergerakan' 14 hari - PM [METROTV]


  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 12:43 PM