SEORANG kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh disahkan positif Covid-19.
SEORANG kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh disahkan positif Covid-19.
Essa Abu Yamin


SEORANG kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh disahkan positif Covid-19.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM, kakitangan terbabit dipercayai menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat mengesahkan kakitangan terbabit positif Covid-19 semalam dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sebagai langkah proaktif, UTHM membuat pengesanan kontak rapat untuk mengenal pasti individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan staf terbabit supaya mereka menjalani saringan yang diadakan bermula hari ini di Kampus Pagoh dan di Kampus Induk, Parit Raja.

“Pihak pengurusan UTHM sedang berusaha memastikan tahap kesihatan dan persekitaran kondusif yang maksimum di semua Pusat Tanggungjawab di UTHM, membabitkan kedua-dua Kampus Induk dan Kampus Pagoh.

“Antara langkah segera yang dilaksanakan menangguhkan aktiviti dan perhimpunan membabitkan pelajar dan staf di Kampus Induk dan Kampus Pagoh hingga 31 Mac 2020,” katanya.

Berikutan perkembangan berkenaan, seisi kuliah di kampus berkenaan ditangguhkan mulai hari ini hingga 19 Mac ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 6:27 PM