GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


JABATAN Kerja Raya (JKR) mengesahkan seorang kakitangannya positif Covid-19 pada Ahad lalu dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur.

JKR dalam satu kenyataan berkata, kontak rapat dengan pegawai yang dikenal pasti juga sudah dikuarantin.

Menurutnya, bagi menangani penularan wabak, jabatan telah mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Untuk makluman kontak rapat dalam kalangan jabatan dan Kementerian Kerja Raya sudah menjalankan ujian saringan hari ini dan keputusan akan diterima selewat-lewatnya Sabtu ini.

“Walau bagaimanapun, jabatan ini beroperasi seperti biasa dan pegawai yang sudah menjalankan ujian saringan dibenarkan bekerja dari rumah,” katanya.

Katanya, langkah proaktif sudah diambil dengan menjalankan proses sanitasi ke atas ruang pejabat yang terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 8:06 PM