GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad


KERUGIAN akibat jenayah komersial di Johor meningkat RM126.2 juta iaitu RM138.5 juta bagi tempoh bermula 1 Januari hingga 7 Mac tahun ini, berbanding kerugian RM12.3 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay berkata, dalam tempoh sama juga, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor menerima sebanyak 5,388 laporan, penurunan sebanyak 459 laporan berbanding 5,847 tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah laporan itu, 702 laporan polis dibuka kertas siasatan berbanding 576 laporan pada tahun lalu.

“Kes pecah amanah menyumbang kepada jumlah kerugian tertinggi dalam tempoh sama iaitu RM122.403 juta berbanding RM2.7 juta tahun sebelumnya.

“Manakala bagi statistik kes tipu mencatat jumlah siasatan tertinggi iaitu 581 kes (2020) berbanding 423 kes (2019). Ia diikuti kes pinjaman wang tanpa lesen berjumlah 59 kes (2020) berbanding 68 kes (2019).

“Kes pinjaman tidak wujud adalah penyumbang utama kepada kenaikan kes tipu dengan 149 kes, diikuti penipuan menerusi medium internet 130 kes dan Macau Scam 79 kes,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 1:51 PM