ANTARA barangan yang dirampas polis. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Faliqah Alia Radin Mohd
ANTARA barangan yang dirampas polis. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Faliqah Alia Radin Mohd
Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Faliqah Alia Radin Mohd

POLIS menahan pengedar dadah dikenali sebagai ‘Irfan Medan’ di Taman Medan, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 24 tahun itu diberkas pada 12.15 tengah malam dipercayai mengedar dadah jenis ganja.

“Suspek yang bergerak secara berseorangan dipercayai aktif mengedar dadah di kawasan sekitar sejak tahun lalu.

“Susulan tangkapan suspek, polis menemui pelbagai jenis dadah antaranya yang disembunyikan di dalam plastik mengandungi ganja seberat 2.9 kilogram (kg) bernilai RM8,760,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Nik Ezanee berkata, polis turut menyita motosikal bernilai RM3,500 yang dipercayai digunakan suspek untuk menghantar dadah berkenaan.

“Suspek dipercayai menghantar sendiri bekalan dadah kepada pelanggan.

“Rampsan dadah ini boleh dibekalkan kepada kira-kira 5,480 orang penagih. Siasatan juga mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah,”katanya.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 14 Mac ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 12:28 PM