ONN Hafiz Ghazi. FOTO Mohd Azren Jamaludin
ONN Hafiz Ghazi. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Omar Ahmad dan Mohd Farid Noh

CICIT kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi, 42, antara muka baru barisan Exco Makmur Johor.

Memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia Dan Sukan negeri, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang mengakui tanggungjawab yang digalasnya adalah berat.

Namun Onn, yang juga anak saudara kepada Ketua Umno bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dia akan berusaha bersama barisan exco dengan sokongan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Yang akan menjadi fokus pada saya tentunya Tahun Melawat Johor 2020 dan juga persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) JOHOR edisi ke-20, yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

“Saya akan mendapatkan pandangan berjumpa dengan persatuan pelancongan terutama dalam cabaran COVID-19 serta kesannya terhadap pelancongan di negeri ini.

“Saya baru dilantik tetapi masa sangat pendek tetapi saya akan berusaha dan cuba buat yang terbaik atas nasihat Menteri Besar Johor,” katanya yang juga Naib Ketua Bahagian Umno Simpang Renggam.

Sementara itu, seorang lagi muka baru dalam barisan exco, ADUN Larkin, Mohd Izhar Ahmad yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia.

Kata Mohd Izhar, dia akan mempertingkatkan pelaburan domestik juga pelaburan.

Katanya walaupun mempunyai kekangan kerana masalah penularan COVID-19, dia akan memastikan perniagaan dan perdagangan yang terjejas mampu berdaya saing.

“Kita akan buat apa sahaja perubahan yang bagus, sesuai dan sentiasa relevan di negeri ini.

“Portfolio saya perlaburan jadi saya kena tingkatkan pelaburan domestik di dalam dan perlaburan diluar. Jadi kita pun kena faham dengan keadaan ekonomi ditambah pejularan penyakit virus COVID-19, ada perniagaan perdagangan terjejas, oleh itu saya kena fokuskan mereka supaya mereka boleh berdaya saing“,katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2020 @ 1:47 PM