WEE Ka Siong. FOTO NSTP
WEE Ka Siong. FOTO NSTP
Yusmizal Dolah Aling


MCA tidak meletakkan sebarang permintaan khusus untuk jawatan Kabinet sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pertimbangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, parti itu menerima apa saja keputusan dan akan menumpukan kerjasama antara parti gabungan kerajaan untuk memperjuangkan isu rakyat.

Menurutnya, pelantikan kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri dan MCA tidak ada permintaan mengenainya.

Beliau turut berkongsi mengenai kunjung hormat MCA ke atas Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad semalam yang antara lain membincangkan mengenai senario politik terkini dan hala tuju negeri itu.

“MCA Johor memberi sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Hasni dan akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira kaum bersama-sama kerajaan negeri,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 1:16 PM