SAARANI. FOTO Arkib NSTP
SAARANI. FOTO Arkib NSTP
Zahratulhayat Mat Arif


GABUNGAN baharu antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN) dan PAS dijangka akan membentuk kerajaan Perak baharu.

Ketua Pembangkang Perak, Datuk Saarani Mohamad mendedahkan perkara berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, hari ini.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata, UMNO Perak juga mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar Perak baharu.

“Saya sudah berjumpa dengan Menteri Besar (Ahmad Faizal) hari ini. Berdasarkan perbincangan, kami bersetuju untuk membentuk Perikatan Nasional di Perak.

“Ketiga-tiga parti ini akan menyerahkan senarai nama calon (Menteri Besar) masing-masing yang hanya akan diputuskan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang masih membisu berhubung status kerajaan Perak, setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 6:06 PM