Mohamed Farid Noh


MENTERI Besar Datuk Hasni Mohammad, memulakan tugas secara rasmi hari ini selepas mengangkat sumpah ke jawatan berkenaan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, dekat sini, petang Jumaat lalu.

Hasni tiba di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, di sini, pada 8.30 pagi tadi dan disambut Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, Timbalannya, Datuk Dr Badrul Hisham Kassim dan Pegawai Kewangan Johor, Datuk A Rahim Nin.

Hasni, 61, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor selain Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.

HASNI Mohammad disambut Azmi dan A Rahim. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN
HASNI Mohammad disambut Azmi dan A Rahim. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN

Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-17 pada 14 April, 2019.

Ini adalah pelantikan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei 2018.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 10:10 AM