ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Sungai Galah, Kampung Gajah dekat Bota, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Sungai Galah, Kampung Gajah dekat Bota, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA.
Noor Hidayah Tanzizi


TIGA rumah musnah dalam kebakaran di Sungai Galah, Kampung Gajah dekat Bota, hari ini.

Kejadian 12.40 tengah hari itu tidak membabitkan mangsa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.47 tengah hari.

Menurutnya, operasi turut mendapat bantuan daripada BBP Kampar dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tanjung Tualang.

“Rumah pertama terbakar 50 peratus, rumah kedua pula musnah terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi terbakar 15 peratus.

“Tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini dan anggota berjaya mengawal kebakaran sebelum api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi tamat pada 2.45 petang dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 7:06 PM