Raja Noraina Raja Rahim


BEBERAPA kenderaan rasmi dilihat memasuki Istana Negara, pagi ini.

Antara yang kelihatan adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang memasuki Istana Negara pada 10.03 pagi.

Selain itu, turut kelihatan tiba di Istana Negara adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

MUHYIDDIN tiba di rumah selepas selesai bertemu Agong. FOTO ASWADI ALIAS.
MUHYIDDIN tiba di rumah selepas selesai bertemu Agong. FOTO ASWADI ALIAS.

Difahamkan, semua ahli parlimen terbabit menghadap Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan nama calon Perdana Menteri kelapan bagi membentuk kerajaan baharu.

Muhyiddin dan pimpinan parti Muafakat Nasional berada di dalam selama 40 minit dan dilihat meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2 pada 10.43 pagi.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad juga dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 11:15 AM