SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah FOTO Sairien Nafis
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah FOTO Sairien Nafis
Ruwaida Md Zain


SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja esok.

Menurut sumber, baginda berkemungkinan berangkat ke mesyuarat yang dijangka diadakan sebelum solat Jumaat.

Sumber tidak menolak kemungkinan mesyuarat itu susulan keadaan politik semasa terutamanya pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kabinet baharu.

Terdahulu, BH melaporkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, pagi ini.

Difahamkan, Dr Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 70 minit dipercayai bagi membincangkan mengenai jawatan Perdana Menteri kelapan.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 2:19 PM