ISTANA NEGARA.
ISTANA NEGARA.
Mohd Nasaruddin Parzi


SEMUA Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijangka mengadap Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, 2 petang ini.

Semua Ahli Parlimen BN kini berkumpul di Menara Dato’ Onn, di sini untuk menghadiri majlis taklimat ringkas dan makan tengahari.

Kemudian, mereka akan menaiki dua bas untuk bergerak secara bersama memasuki Istana Negara.

Difahamkan, Ahli Parlimen BN akan dipecahkan kepada dua kumpulan, dengan kumpulan pertama membabitkan pimpinan utama parti akan mengadap Agong terlebih dulu, diikuti kumpulan kedua.

Pagi tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 12:22 PM