DATUK Osman Sapian. FOTO NSTP.
DATUK Osman Sapian. FOTO NSTP.
Adnan Ibrahim


BEKAS Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dipilih sebagai Ketua BERSATU Bahagian Ayer Hitam selepas pemilihan yang berakhir lewat malam tadi.

Osman tidak berhadapan masalah mengalahkan pencabarnya, Amin Sitam dengan majoriti 95 undi apabila memperoleh 129 undi.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian disandang Halid Ngadirin sementara, Naib Ketua Bahagian milik Johan Rosdi.

Ketua Armada BERSATU Bahagian Ayer Hitam bakal diteraju Firdaus Mat Yah dan Ketua Srikandi pula adalah Marizan Saptu yang memperoleh 33 undian.

Osman berkata, kepercayaan yang diberikan kepadanya akan digunakan sebaik mungkin untuk mengukuhkan parti dari peringkat akar umbi, meskipun sudah tidak memegang jawatan lagi.

Katanya, beliau akan terus berkhidmat selaras tanggungjawabnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 12:33 PM