JOHARI terus aktif cari rezeki dengan mengail ikan haruan. FOTO Nazri Abu Bakar
JOHARI terus aktif cari rezeki dengan mengail ikan haruan. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar

USIANYA mencecah 73 tahun namun lelaki warga emas, Johari Tamin masih aktif mencari sumber pendapatan dengan mengail ikan haruan.

Dia yang berasal dari Kampung Air Molek, Melaka akan menunggang motosikal sambil membawa joran buluh dan tong plastik di sekitar daerah Melaka Tengah.

Dia yang lebih 30 tahun memancing ikan haruan jelas sangat tabah dan cekal melakukan aktiviti itu demi mencari rezeki halal.

ANAK katak sebagai umpan. FOTO Nazri Abu Bakar
ANAK katak sebagai umpan. FOTO Nazri Abu Bakar

“Kebiasaannya saya akan memancing di tepi parit kecil, longkang dan di aliran sawah termasuk di kampung Padang Temu, Semabok, Alai, Air Molek, Kandang, Duyong dan Permatang Pasir seawal jam 8 pagi setiap hari.

“Saya hanya menggunakan umpan anak katak yang dibeli dengan harga 80 sen seekor untuk menarik perhatian haruan tersangkut di mata kail,” katanya.

Namun baginya, cukup seekor dua ikan haruan ditangkapnya setiap hari sebelum dijual pada harga RM25 sekilogram.

IKAN haruan yang berjaya dipancing. FOTO Nazri Abu Bakar
IKAN haruan yang berjaya dipancing. FOTO Nazri Abu Bakar

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 7:10 AM