GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

POLIS membuka tiga lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai jangkitan Covid-19 di media sosial, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26 kes.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi) Datuk Mohd Roze Shaari berkata, tiga laporan kes baru yang diterima pihaknya ialah di Kuching dan Miri di Sarawak serta satu di Temerloh, Pahang.

“Tiga kes berkaitan berita palsu akan dituduh di mahkamah masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah.

“Penularan berita ini dilihat serius, saya menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi sebarang kenyataan ataupun artikel tidak sahih berkaitan jangkitan virus itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 5:49 PM