Nik Ibiza Nik Hassan,32 menunjukkan gambar terakhir adiknya, Nik Idayu Nik Hassan,28 (hujung, kiri) bersama ahli keluarga ketika majlis pertunangan yang diadakan pada Januari lalu di rumah mereka di Kampung Biduk, Jejulok, Bachok. FOTO Nor Amalina Alias
Nik Ibiza Nik Hassan,32 menunjukkan gambar terakhir adiknya, Nik Idayu Nik Hassan,28 (hujung, kiri) bersama ahli keluarga ketika majlis pertunangan yang diadakan pada Januari lalu di rumah mereka di Kampung Biduk, Jejulok, Bachok. FOTO Nor Amalina Alias
Nor Amalina Alias


NIK Ifieka Nik Hassan baru dua hari berada di Perak untuk bercuti ke rumah kakaknya Nik Idayu, sebelum mereka terbabit kemalangan yang meragut nyawa kedua-duanya.

Turut meninggal dunia suami Nik Idayu, Mohamad Faiz Bakhri, 28, dan anak bongsu mereka Mohammad Faqih Irshad Mohamad Faiz, 2.

Abang dua beradik itu, Nik Ibiza, 32, berkata, Nik Ifieka, 28, dan Nik Idayu, 30, sememangnya rapat dan Nik Ifieka sempat menghantar WhatsApp kira-kira sejam sebelum kemalangan itu.

Katanya, ia adalah kiriman gambar Mohammad Faqih serta memberitahu mereka selesai menjamu selera.

“Bagaimanapun, pada 1 pagi, keluarga menerima panggilan telefon memaklumkan mereka kemalangan dan terkorban,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Kampung Biduk, Jelujok, Bachok, hari ini.

Nik Ibiza berkata, ibunya, Zaleha Nasir, 58, dan ayahnya, Nik Hassan Raja Abdullah, 63, serta adik bongsu Nik Illyas, 19, ke Hospital Sungai Siput awal pagi tadi untuk urusan pengurusan jenazah.

“Kali terakhir kami berkumpul beramai-ramai adalah pada cuti Tahun Baru Cina, bulan lalu kerana seorang adik kami bertunang pada 31 Januari.

“Kemudian masing-masing pulang dengan Ifieka kembali ke Melaka kerana bekerja di sana,” katanya yang memberitahu dua adiknya adalah anak keempat dan kelima daripada lapan beradik.

Berita berkaitan:

  • Tanda tapak rumah sebelum dijemput Illahi
  • [UPDATE] Pemandu treler direman empat hari
  • Empat maut, bukan lima [METROTV]
  • Lima termasuk bayi maut kemalangan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 2:56 PM