TINDAKAN pantas pekerja restoran makanan segera di Restoran Jejantas Sungai Buloh, Selangor, memadamkan api membantu mengelak kebakaran merebak. FOTO ihsan PLUS
TINDAKAN pantas pekerja restoran makanan segera di Restoran Jejantas Sungai Buloh, Selangor, memadamkan api membantu mengelak kebakaran merebak. FOTO ihsan PLUS
Nurul Hidayah Bahaudin


TINDAKAN pantas pekerja restoran makanan segera di Restoran Jejantas Sungai Buloh, Selangor, memadamkan api membantu mengelak kebakaran merebak di premis berkenaan, semalam.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan, mengesahkan satu kebakaran kecil berlaku di bahagian dapur restoran berkenaan pada 6.25 petang.

“Kebakaran kecil itu berjaya dikawal oleh petugas restoran terbabit dalam tempoh beberapa minit sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Ketika ini, restoran berkenaan sedang ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan penilaian lanjut dilaksanakan,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa insiden berkenaan tidak mendatangkan kecederaan atau kesan terhadap kestabilan struktur bangunan.

“Pada masa sama, pihak berkuasa berkaitan turut memaklumkan bahawa Restoran Jejantas Sungai Buloh termasuk semua gerai makanan dan minuman lain adalah selamat dan boleh beroperasi seperti biasa untuk pelanggan lebuh raya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 1:10 PM