ANGOTA Bomba dan Penyelamat Renggam bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang melibatkan tanah kebun di Kampung Parit Ghani, Simpang Renggam. FOTO IHSAN BOMBA.
ANGOTA Bomba dan Penyelamat Renggam bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang melibatkan tanah kebun di Kampung Parit Ghani, Simpang Renggam. FOTO IHSAN BOMBA.
Adnan Ibrahim


BOMBA kini bertungkus-lumus memadamkan kebakaran 1.6 hektar kebun di Kampung Parit Ghani dekat sini sejak petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 5.37 petang sebelum sebuah jentera dengan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, sebaiknya tiba di lokasi kira-kira jam 5.48 petang, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan kebun kelapa sawit dan nanas di kawasan tanah gambut.

“Bomba menghadapi kesukaran untuk tiba di lokasi berikutan keadaan jalan yang sempit, bagaimana pun sebaik tiba, kerja-kerja memadamkan kebakaran dilakukan menggunakan sumber air parit dan pam angkut.

“Sehingga jam 1 petang ini kerja memadamkan kebakaran masih dilakukan oleh anggota secara bergilir-gilir,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut Asyraf, pihaknya menjangkakan semua kebakaran di tanah kebun itu dapat dipadamkan selewat-lewatnya awal pagi esok bergantung kepada sumber bekalan air dan keadaan cuaca.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Februari 2020 @ 3:11 PM