WAN Azizah (tiga dari kanan) beramah mesra dengan Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian (kiri) pada majlis makan malam Tahun Baru Cina Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) di Seri Kembangan hari ini. FOTO BERNAMA
WAN Azizah (tiga dari kanan) beramah mesra dengan Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian (kiri) pada majlis makan malam Tahun Baru Cina Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) di Seri Kembangan hari ini. FOTO BERNAMA
Noor Atiqah Sulaiman


PROSEDUR Operasi Standard (SOP) ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada syarikat telekomunikasi akan diselaraskan dalam memperkasakan penguatkuasaan undang undang membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua syarikat telekomunikasi sudah menyatakan komitmen mereka bagi membantu kerajaan dalam menangani isu penyebaran bahan pornografi kanak-kanak.

"Pagi ini saya mempengerusikan mesyuarat bersama syarikat-syarikat telekomunikasi utama berkenaan isu eksploitasi kanak-kanak.

"Ini membabitkan bukan sahaja aktiviti memuat naik atau memuat turun bahan pornografi kanak-kanak tetapi ia termasuklah bahan yang dikongsi bersama rakan-rakan melalui aplikasi.

"Semua syarikat telekomunikasi yang hadir sudah menyatakan komitmen membantu kerajaan dalam menangani isu penyebaran bahan pornografi kanak-kanak.

"Terima kasih kepada Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia) atas komitmen diberikan," katanya menerusi perkongsiannya di laman sosial Facebook miliknya tadi.

Dr Wan Azizah berkata, melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan ia perlu membabitkan usaha proaktif dari semua pihak.

"Ingat, memuatnaik, memuat turun, berkongsi, memiliki dan menghasilkan bahan pornografi yang membabitkan kanak-kanak adalah satu jenayah yang boleh dihukum penjara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 7:00 PM