ATAULLAH dan Ainur (tengah) beramah mesra bersama rakan dalam program Mengapai Bintang di Sekolah Menengah Ugama Ulu Jempol.  FOTO AMRAN YAHYA.
ATAULLAH dan Ainur (tengah) beramah mesra bersama rakan dalam program Mengapai Bintang di Sekolah Menengah Ugama Ulu Jempol. FOTO AMRAN YAHYA.
Amran Yahya


“SAYA tidak menganggap sasaran ini sebagai satu bebanan, sebaliknya ia menjadi pendorong untuk berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” kata Muhammad Ataullah Mohd Nazri.

Muhammad Ataullah, 17, antara 16 calon bakal menghadapi peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Agama (SMA) Ulu Jempol, Kuala Pilah tahun ini yang disasarkan untuk mendapat 9A dalam semua mata pelajaran.

Bagi mencapai sasaran itu, katanya, dia mula membuat persiapan seperti mengurangkan aktiviti tidak berfaedah dan menggantikan dengan sesuatu mampu diterjemahkan untuk kebaikan.

“Saya tahu harapan tinggi diberikan guru, rakan serta ibu bapa, tetapi saya bukanlah keseorangan.

“Tanpa kerjasama serta bantuan rakan lain, mustahil saya mampu mensasarkan 9A dalam SPM nanti.

“Justeru, kami semua sudah mengatur strategi seperti melaksanakan ulangkaji secara berkumpulan (study group), menyertai bengkel menjawab soalan serta menghadiri tuisyen dianjurkan guru sekolah ini.

“Selain itu, kami mengharapkan kombinasi kuat membabitkan guru, pelajar serta sokongan padu ibu bapa supaya kami mampu bergerak dan mampu diterjemahkan dalam bentuk pencapaian terbaik,” katanya ketika ditemui pada program Mengapai Bintang 2020 SMA Ulu Jempol, hari ini.

Program itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Hadir sama, Pengetua SMA Ulu Jempol, Mohd Radhi Ab Rahman.

Pelajar lain, Ainur Shamimi Ariffin, 15, berkata, dia antara 21 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berazam untuk menzahirkan impian memperoleh 12A dalam peperiksaan itu nanti.

Katanya, tiada apa yang mustahil sekiranya berusaha sebaik mungkin dan selebihnya bertawakal kepada Allah SWT.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 5:52 PM